Chapter 1287 - Awak Memang Kakak?

Lelaki tua itu menjelaskan dengan bersungguh-sungguh sambil membongkok dan melihat gadis itu dengan berhati-hati. Dia menyambung mengakui kesalahannya, "Presiden, orang bawahan awak ni buta dan gagal mengenali identiti agung awak…"

Cahaya dingin kelihatan sekilas dalam mata lelaki tua itu apabila dia bertanya, "Tapi, kenapa awak… tak beritahu identiti awak tadi, Presiden?"

Seperti yang dijangka, mereka tidak begitu mudah untuk ditipu! Lelaki tua itu sedang mengujinya!

Ye Wan Wan cuba meneka fikiran Abang Flattop. Memandangkan sudah sekian lamanya dia tidak kembali setelah berseronok begitu lama di luar, dia sama ada telah mengalami kemalangan atau tidak puas berseronok dan tidak mahu kembali.

Oleh itu, Ye Wan Wan berkata dengan dingin, "Beritahu identiti saya? Awak boleh makan sembarangan, tapi awak tak boleh cakap sembarangan. Siapa kata saya Presiden awak?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS