"Okey… okey, okey, bertenang. Saya akan letak budak ni ke bawah." Lelaki tua itu kelihatan seperti dia takut gadis ini tersalah tembak.
Tidak lama selepas itu, lelaki tua itu meletakkan Qiu Qiu di atas lantai dengan perlahan.
Puan Besar Zhou terus menghampiri dan mendukung Qiu Qiu pergi.
"Haha Cik, kenapa awak nak mati sangat dan bertegas nak bawa pistol… tengok, saya dah buat apa yang awak suruh, boleh kita bercakap dengan tenang sekarang?" kata lelaki tua itu sambil ketawa kecil dan mengangkat tangannya.
Ahli Perikatan Berani lain juga menghentikan apa yang mereka lakukan. Ini kali pertama mereka melihat seseorang dengan begitu berani mengeluarkan pistol di tempat terbuka dalam Negara Bebas…
"Apa, bukan awak berani sangat ke tadi? Tadi nampak macam tak takut apa-apa Sekarang baru nak takut?" Wajah Ye Wan Wan begitu dingin apabila dia menekan muncul pistol itu ke kepala lelaki tua itu.