Perlawanan bola keranjang hari ini ialah perlawanan terakhir untuk senior. Oleh sebab ia perlawanan perpisahan, ia telah dipenuhi dengan orang ramai.
Ye Wan Wan berdiri di pintu masuk dan memerhati suasana dalam gelanggang. Dia boleh lihat dua pasukan memanaskan badan tapi tidak nampak kelibat Chu Feng. Mungkin dia belum sampai.
Untuk Song Zi Hang pula, tubuhnya yang tinggi dan besar itu begitu jelas menonjol di barisan kedua arena.
Duduk bersama dengannya adalah Shen Meng Qi, Fang Qin dan beberapa gadis dari kelas A.
Semua gadis ini melihat Song Zi Hang dengan mata yang berkilauan, begitu memuja lelaki tersebut.
Namun, di mata Song Zi Hang hanya ada Shen Meng Qi.
Mata Song Zi Hang tidak lepas dari menatap gadis di hadapannya itu dan kemudian bercakap penuh emosi, "Terima kasih sudi datang menyokong kami!"
"Haha, Kapten Song. Maksud awak terima kasih kepada Meng Qi kerana datang menonton perlawanan awak! Kami di sini hanya kebetulan!"