"Maharaja Ji, Perikatan Berani dah jadi makin biadab! Beberapa keluarga bangsawan yang setia kepada kita dah dihapuskan oleh Perikatan Berani tanpa seekor ayam pun yang hidup! Berani betul!" kata seorang lelaki pertengahan umur sambil memandang kepada Maharaja Ji.
Seorang lelaki lagi mengangguk bersetuju. "Betul tu. Semenjak Presiden Perikatan Berani hilang, Perikatan Berani tak hebat macam dulu. Kalau awak setuju, kita boleh terus berperang menentang Perikatan Berani, Maharaja Ji!"
"Perikatan Berani ya…"
Senyuman yang tidak dapat dijelaskan muncul di wajah yang tampan dan indah itu.
Wajah dengan senyuman itu seperti ia keluar daripada lukisan dan memberi aura yang seperti ia bukan datang daripada dunia ini. Dia kelihatan tidak membahayakan dan tidak menakutkan, tetapi tiada siapa pun yang berani mengabaikan lelaki ini kerana aura unggul yang mengelilinginya.