Dalam kehidupannya yang lepas, Ye Wan Wan tahu yang Ye Yi Yi sebenarnya anak perempuan Liang Mei Xuan dan Huang Ming Kun…
Liang Mei Xuan dan Huang Mei Xuan telah sekian lama mengekalkan hubungan sulit…
Sekarang Ye Shao An telah mati, jadi siapa yang pewarisnya?
Secara logiknya, ia pastinya Ye Shao Ting… sudah tentu, itu yang akan berlaku jika rakaman video kamera pengawasan ini tidak wujud.
Namun, oleh sebab kewujudan rakaman video ini, sebaik sahaja Ye Shao Ting dan Ye Mu Fan disahkan sebagai pembunuh… pewaris terbesar pastinya akan jatuh kepada Liang Mei Xuan, Huang Ming Kun dan Ye Yi Yi…
Seluruh keluarga Ye akan menjadi milik mereka dan tiada apa yang boleh mengancam kedudukan mereka lagi…
Keluarga penyayang ini akan mengambil alih keluarga Ye sepenuhnya dan menolak Ye Shao Ting dan Ye Mu Fan jatuh ke dalam jurang tanpa sebarang ruang untuk membela nasib mereka!