Han Xian Yu mengikut pandangan gadis itu. "Apa yang awak tengok?"
Ye Wan Wan terus bergerak untuk menghalang pandangan Han Xian Yu dan bertanya, "Xian Yu, boleh awak tolong saya?"
Han Xian Yu menjawab, "Mestilah!"
Ye Wan Wan meminta, "Boleh saya pinjam peralatan akustik awak?"
Han Xian Yu tidak bertanya mengapa gadis itu memerlukannya dan terus menjawab, "Mestilah boleh. Semua peralatan tu belum dipindahkan lagi, jadi saya boleh beritahu mereka."
Ye Wan Wan berasa begitu bersyukur. "Terima kasih!"
…
Seketika kemudian, Ye Wan Wan masuk semula ke atas pentas dengan sebuah mikrofon di tangan.
*Dong*. Sebuah lampu sorot cerah telah dihalakan kepada Ye Wan Wan.
Nie Tiada Nama duduk di atas dinding tinggi, dengan air mata mengalir turun sambil menyedut hingusnya apabila angin sejuk terus-menerus meniupnya.
"Um, Moyang, kita dah selesai ke belum?"
Ye Wan Wan sudah pergi, jadi apa lagi yang dia tengok?