"Uh… Perlu ke?" Jiang Yan Ran teragak-agak.
Walaupun dia meletak kepercayaan penuh kepada Ye Wan Wan, tapi ini sangat…
Ye Wan Wan merenung tajam dan memberi satu cermin kepadanya. "Awak nak tengok macam isteri orang yang baru kena tinggal dan diketawakan?"
"Mestilah tak nak, tapi awak boleh buat ke?"
Ye Wan Wan menggosok dagunya. "Jika saya rosakkan imej awak, saya akan cukur botak kepala saya dan teman awak esok. Bercakap tentang itu, saya tak pernah cuba jadi botak sebelum ini!"
Melihat wajah Ye Wan Wan, kelihatan dia begitu mahu mencuba rupa tersebut…
Jiang Yan Ran kehilangan kata-kata dan hujung mulutnya terangkat. "Tak apalah, terima kasih…"