Chapter 1233 - Tapi Awak Ada Duit

Lelaki dingin duduk di bawah penghawa dingin, menikmati angin sejuk yang berderu keluar. Dia tidak berpaling ke belakang dan tiada keinginan langsung untuk bercakap.

"Mana saya tahu." Si penganut Taoist mengetap bibirnya.

"Kapten pergi tempah tiket kapal terbang… kalau si gagap tu tak nak balik, biar dia duduk di sini dan nikmati hidup dia."

Baru sahaja dia berkata begitu, kedengaran bunyi derap kaki datang dari luar pintu dan Feng Xuan Yi melangkah masuk di saat seterusnya.

"Mana kapten?" Feng Xuan Yi melabuhkan punggungnya di kerusi dengan ais krim di tangan. Matanya melewati empat orang itu.

"Dia pergi tempah tiket kapal terbang, jadi dia belum sampai lagi," jawab si penganut Taoist.

Feng Xuan Yi mengangguk dan ketawa kecil. "Heh, kapten sangat bermurah hati kali ni… dia boleh ingat untuk tempah tiket kapal terbang untuk perjalanan balik kita…"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag