Ye Wan Wan berkata, "Memandangkan awak dah ada dekat sini, pergi ambil jadual awak dekat Jia Wen."
Gong Xu: "Oh…"
'Ah, sakitnya hati! Tapi aku tak boleh marah langsung dekat Pari Gula-gula Plum…'
Gong Xu berpaling tiga kali dengan setiap langkahnya sebelum akhirnya berkata, "Abang Ye…"
Ye Wan Wan mengalihkan pandangan daripada dokumennya. "Apa dia?"
Gong Xu bertanya, "Bila kamu berdua akan berpisah?"
*Pap!* Ye Wan Wan telah mematahkan pen di tangannya.
*BANG!* Gong Xu terus berlari keluar dari bilik itu dengan takut.
'Budak bodoh!
'Berani dia berharap aku akan berpisah!'
Ye Wan Wan mengambil telefon bimbitnya dan menghantar sebuah mesej kepada Si Ye Han, mengajak lelaki itu makan malam bersama malam nanti. Satu jam telah berlalu tetapi lelaki itu masih tidak memberi jawapan balas.
Si Ye Han selalunya menjawab dalam masa sesaat setiap kali Ye Wan Wan menghantar mesej kepadanya.