Si Ye Han melirik kepadanya dengan pandangan penuh makna. "Matlamat jauh? Maksud awak… bila awak berjaya dan berkuasa nanti, awak akan kurung saya dan tak akan bagi saya pergi mana-mana, malah tak bagi saya jumpa mak dan ayah saya? Awak akan hantar orang untuk ikut dan pantau saya ke mana saja saya pergi, malah akan kunci…"
"Cukup! Cukup!" Ye Wan Wan menjerit dengan terkejut. "Kenapa… kenapa memori awak bagus sangat ni?!"
Dia menyangka Si Ye Han telah lupa kepada semua itu…
Dia teringat semasa perkara itu berlaku, dia masih dikurung dalam rumah oleh Si Ye Han, jadi dia telah bertengkar dengan lelaki itu tentang perkara ini. Dia memberitahu yang itu kebebasan Si Ye Han untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dia mahu kerana terlalu marah…
Jawapan Si Ye Han adalah: "Saya tak perlukan kebebasan."