Senyuman muncul di wajah Ye Shao Ting, "Oh, budak ni…"
Ye Mu Fan yang menunduk kepalanya dalam mangkuk nasinya dan makan dengan senyap, akhirnya lega. Adik perempuannya masih seorang yang hebat dan berjaya memujuk ibu bapa mereka dengan cepat. Jika itu terjadi kepada dirinya, usahanya pasti menemui jalan buntu walaupun dia bercakap selama tiga hari berturut-turut.
Selepas makan malam, oleh sebab desakan tegas ibu bapanya, Ye Wan Wan telah menghubungi Si Ye Han untuk menjaga Tang Tang dan bermalam di rumah keluarganya.
Di beranda.
Ye Wan Wan sedang duduk di kerusi rotan di sebelah meja bulat sambil membaca maklumat berkaitan Maharaja Langit. "Jangan cuai. Ye Shao An dengan Ye Yi Yi pasti akan bertindak tak lama lagi."
Ye Mu Fan mengangguk. "Ya, saya faham. Saya akan siap siaga."