Ye Wan Wan mencuba yang terbaik untuk mengingat semula, tetapi tiada apa yang muncul.
'Pelik. Daya ingatan aku sangat bagus, jadi aku tak ingat langsung sesuatu yang dah berlaku?'
Apabila dia mencuba sekali lagi untuk berfikir mengenainya, dia berasa sesuatu menusuk mindanya dan kesakitan mencucuk itu datang daripada fikirannya yang dalam…
"Tidur…"
Badannya tiba-tiba telah didakap dengan pelukan hangat dan suara sangat menenangkan Si Ye Han kedengaran di telinganya.
Kesakitan itu terus lesap seperti ia hanya satu illusi.
Ye Wan Wan menangguk dan menggosok matanya yang penat. Dia mungkin telah berada di bawah tekanan yang kuat dan terlalu sibuk kebelakangan ini.
…
Beberapa hari kemudian, di bangunan Syarikat Ye.
Ye Hong Wei memanggil semua pihak pengurusan atasan dan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah.