"Okey!" Ye Mu Fan menoleh kepada Gong Xu dan Luo Chen. "Mana antara dua rancangan ni yang kamu berdua nak pergi?"
Gong Xu dan Luo Chen sedang tercengang ketika itu.
Ye Mu Fan mengerutkan kening dan melambai tangannya di hadapan dua lelaki itu. "Hei, saya tanya kamu berdua ni!"
Gong Xu terkejut dan terus menjawab, "Saya… saya dengar cakap Abang Ye… oh ya, mana Abang Ye?"
Ye Mu Fan menaikkan keningnya. "Dia…"
Namun, Ye Mu Fan tiba-tiba ternampak seseorang sedang berjalan ke arah mereka dan wajahnya bertukar gelap serta-merta.
"Ye Wan Wan! Kenapa kau ada dekat sini?" jerit Liang Shi Han dengan bingit sambil menjeling marah kepada Ye Wan Wna.
Ye Mu Fan terus berdiri di hadapan Ye Wan Wan. "Tempat ni bapa kau punya ke? Kau seorang je ke dibenarkan ke sini?"
Tidak kira betapa kuatnya adik perempuannya sekarang, Ye Mu Fan masih merasakan dia gadis kecil naif yang memerlukan pelindungannya.