Sebaik sahaja Ye Mu Fan mendengar kata-kata Ye Yi Yi, mod perlindungan penuh terus dihidupkan dan dia terus berdiri di hadapan Ye Wan Wan dengan penuh waspada. "Minta maaf, dia tak ada masa!"
Dia kemudian meminta kebenaran daripada datuknya, "Atuk, Ye Bai dan saya akan ke sana untuk sapa kawan."
Ye Hong Wei mengangguk. "Pergilah!"
Ye Mu Fan terus mengiringi Ye Wan Wan pergi.
"Bincang lutut aku! Orang yang tiba-tiba tunjuk minat macam tu terang tak bersuluh lagi ada niat jahat! Sekali pandang saya dah tahu Ye Yi Yi cuba nak goda awak!" sumpah Ye Mu Fan sambil berjalan.
Ye Wan Wan menjeling lelaki itu. "Kenapa Abang resah sangat? Saya boleh digoda ke?"
Ye Mu Fan tergamam seketika dan berfikir sejenak. 'Oh, ya.'
Ye Yi Yi menyangka dirinya begitu bijak dan mahu menggoda dindingnya. Apa yang dia tidak tahu, Ye Bai bukan dindingnya. Ye Bai ialah seluruh rumah itu sendiri.