Dan mungkin kerana perasaan dia baru sahaja ditolak, Shen Meng Qi melepaskan amarahnya kepada Ye Wan Wan. Dia berkata dengan suara jahat dan wajah penuh kebencian sambil merenung Ye Wan Wan dan memberitahu semua perkara yang telah dia lakukan.
Dia beritahu bagaimana dia mainkan Ye Wan Wan seperti orang bodoh untuk bertahun-tahun, dengan megah menceritakan bagaimana dia menghalau abangnya keluar setelah lelaki itu tidak berguna lagi dan bersubahat dengan musuh terbesarnya, Ye Yi Yi. Dia menyumpah Ye Wan Wan sehingga mati dan mencemuh bagaimana dia tidak cukup baik untuk Si Ye Han…
Ye Wan Wan telah melawan dan bergelut untuk sekian lamanya, menahan dirinya untuk bertahun lamanya, hanya untuk seorang teman lelaki yang tamak dan kaki perempuan.
Kawan baik yang dilayan seperti adik perempuan sendiri, telah memusnahkan dirinya sejak awal; menginginkan suaminya dan berharap dia mati.