Ye Wan Wan tanpa sengaja tersentuh leher Gong Xu dan sedar ia basah dengan peluh.
'Budak ni… memang betul-betul gementar…'
Gong Xu merasakan tangan yang memeluk dan menepuk bahunya itu tersangat lembut. Dia merasakan dirinya seperti anak anjing yang tuannya akhirnya telah melepaskan dirinya daripada tali dan membawa dia pulang.
'Aku rasa… sangat selamat…'
Apabila jari lembut Ye Bai berlegar di lehernya yang basah kuyup dengan peluh, dia merasakan entah mengapa jantungnya melangkau beberapa degupan. Dia juga turut terlupa kepada gementar hatinya…
Sebelum Pelakon Lelaki Terbaik diumumkan, kamera melompat antara calon dan juga menayangkan kepada barisan pelakon dan pihak atasan syarikat artis.
Kamera dihalakan dengan lebih lama kepada Pei Heng dan Ye Yi Yi, seperti memberi suatu petunjuk…