Ye Mu Fan mengerutkan keningnya. "Apa? Kenapa masalah macam ni tak diselesaikan sejak dari awal?"
Kebanyakan artis berjalan di atas karpet secara berseorangan atau berpasangan untuk mendapat masa pendedahan yang lebih lama. Sekarang, mereka mahu kumpulan Ye Mu Fan untuk berjalan secara berkumpulan kerana kekurangan masa?
Ye Mu Fan meluahkan amarahnya kepada kakitangan majlis. "Lagi satu, ini tak mengikut peraturan."
Kakitangan majlis berkenaan berkata dengan tidak sabar, "Rancangan boleh berubah. Lagipun, penonton tak akan tumpukan perhatian kepada orang di bahagian belakang. Hanya tinggal dua minit masa untuk kumpulan awak, jadi paling banyak pun awak boleh berjalan dalam dua kumpulan. Kalau awak tak nak, tak apa. Ada ramai lagi orang dekat belakang awak, jadi tolong jangan lambatkan lagi jadual!"
Selepas kakitangan majlis berkata begitu, dia terus pergi dengan tergesa-gesa.