Chapter 1149 - Pelukan untuk Awak

Apabila Si Ye Han terdengar suara itu, seluruh tubuhnya berubah tegang. Lelaki itu kemudian perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang Ye Wan Wan.

"Mari sini." Mata Si Ye Han seperti kolam air dingin yang tidak berdasar apabila lelaki itu merenung dirinya tanpa mengelipkan mata.

Ye Wan Wan berjalan dengan patuh ke belakang meja dan menyentuh dahi Si Ye Han sambil mengerutkan keningnya. Suhu lelaki itu terasa normal.

Apabila Ye Wan Wan muncul dalam pandangannya, Si Ye Han beraksi seperti binatang ganas marah yang akhirnya ternampak tuannya dan aura ganas dan menyesakkan dada itu terus lenyap.

"Sayang, awak tak sihat ke?" tanya Ye Wan Wan.

Si Ye Han membenarkan tangan kecil gadis itu kekal di dahinya dan memeluk pinggang Ye Wan Wan tanpa berkata apa-apa. Selepas beberapa ketika, dia menjawab, "Tadi memang ya."

Ye Wan Wan terkejut. 'Huh? Tadi memang ya?

'Maksud dia… dia terus rasa sihat lepas aku muncul?'

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS