Mereka mula bercakap tentang filem ketika di meja makan.
Liang Mei Xuan mengambil hati dua orang tua itu dengan wajah bangga dari awal hingga ke akhir. "Setiap filem yang Maharaja Langit melabur pastinya akan dapat sambutan hangat. Lagi satu, Maharaja Langit juga menguasai majoriti pencalonan yang berkemungkinan tinggi akan menang dalam Anugerah Orkid Emas! Ayah, Ibu, tak perlu risau langsung! Maharaja Langit pastinya akan menjadi lebih baik dalam tangan Yi Yi dan Shao An!"
Ye Hong Wei dan Tan Yi Lan berasa gembira setelah mendengar perkara itu.
"Mak, berhenti puji saya! Saya masih ada banyak benda perlu belajar daripada Atuk!"
Ye Yi Yi berkata beberapa ayat merendah diri sebelum menoleh kepada Ye Mu Fan dan berkata dengan mesra, "Mu Fan, saya dengar sambutan filem awak tak berapa baik? Kita satu keluarga, beritahu je saya kalau awak perlukan sebarang bantuan."