Ye Mu Fan kedengaran mengeluh di hujung talian. "Baru je sejam, tapi laman web rasmi kita hampir meletup dengan semua kritikan melampau ni… akaun Weibo rasmi kita dah muat naik satu pos beritahu mereka untuk tonton dulu filem tu sebelum komen apa-apa, tapi semuanya langsung tak berguna."
Ye Wan Wan berkata, "Mereka dah ada pandangan tetap dekat Gong Xu. Kita pula daripada syarikat Gong Xu, jadi tak guna kalau kita cakap apa-apa."
Nada suara Ye Mu Fan berubah serius apabila dia berkata, "Wan Wan, situasi kita sekarang agak teruk. Kita… terang lagi bersuluh dah kena boikot… saya cuba hubungi semua rakan kongsi kita beberapa hari ni, tapi tak ada seorang pun yang sanggup bekerja dengan kita. Si tak guna Ye Shao An tu mesti dah buat sesuatu secara senyap."