Gong Xu kelihatan begitu gembira. "Pergi! Pergi cepat! Abang Ye panggil awak tu!"
Ini kali pertama Gong Xu melompat kegembiraan apabila Abang Ye memanggil Luo Chen dan bukan dirinya sendiri.
Luo Chen teragak-agak seketika sebelum lelaki itu berdiri. "Abang Ye… tak ada apa-apa…"
Ye Wan Wan mengangkat keningnya. "Kalau tak ada apa-apa, kenapa kamu semua tengok saya macam saya hantu?"
Gong Xu bergumam perlahan, "Tak, tak, tak, Abang Ye, awak bukan hantu. Awak
Ye Wan Wan terdiam. "..."
Luo Chen berasa serba salah, tidak berani berkata apa-apa. Akhirnya, Han Xian Yu yang bersuara, "Ye Bai, awak tak ingat apa-apa ke dari malam semalam?"
Ye Wan Wan menggaru kepalanya. "Kenapa dengan malam semalam? Saya memang tak ingat apa-apa. Memori saya memang kosong setiap kali lepas saya minum arak…"