Pergelutan Hidup dan Mati telah tamat penggambarannya dengan rasmi. Ini bermakna, Ye Wan Wan akan sibuk dengan banyak perkara yang perlu dilakukan.
Jangka masa yang paling sibuk ialah proses mempromosikan filem. Untuk sementara waktu, dia akan membawa Luo Chen dan Gong Xu terbang ke setiap bandar untuk mempromosikan filem mereka dengan baik.
Nasib baik Jiang Yan Ran ada Gunung Tai iaitu Pengarah Peng untuk menjaganya, jadi Ye Wan Wan tidak perlu risau. Jika tidak, Ye Wan Wan tidak akan menang tangan untuk menguruskan bebanan kerjanya nanti.
"Saya pergi kerja dulu!" Ye Wan Wan menghabiskan sarapannya dengan cepat dan mengucapkan selamat tinggal kepada Tang Tang dan Si Ye Han.
Tang Tang menghantar Mamanya pergi dengan patuh sebelum membawa Si Putih Besar bersiar-siar.
Di bilik bacaan.
Si Ye Han sedang memandang dengan tegang semua maklumat yang Xu Yi telah berikan kepadanya.