Ketika itu, di dalam sebuah bilik peribadi di sebuah bar dalam Bandar Empayar.
"Minum! Gelas pertama untuk meraikan kita berjaya siapkan filem kita!"
"Gelas kedua pula untuk saya yang akan duduk di atas takhta anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dengan gahnya! Minum!"
…
Malam itu, Gong Xu begitu rancak dan dalam masa yang singkat, dia telah berjaya menghabiskan sebotol wain besar dengan seorang diri.
Tidak cukup dengan memabukkan dirinya sendiri, dia juga berterusan menarik Ye Wan Wan supaya minum arak bersama dengan dirinya,
Han Xian Yu memerhati dari tepi sambil mengerutkan keningnya. Dia menghampiri dengan segelas wain di tangan. "Gong Xu, cukup. Biar saya minum dengan awak. Ye Bai tak boleh minum sebanyak tu."
"Tak nak, tak nak, saya nak Abang Ye minum dengan saya!"
Dia kemudian terus bergegas mendapatkan Ye Wan Wan. "Abang Ye, boleh saya tanya satu soalan?"