Si Ye Han. "..."
Anak kecil itu yang merungut kepada ayahnya sebentar tadi, nampaknya baru sedar dia telah lupa kepada misinya dan kelihatan sedang mengetap bibirnya dengan geram.
Tetapi sebaik sahaja dia teringat panggilan telefon dengan ibunya tadi, wajah anak kecil itu berubah ceria semula.
Dia kemudian berkata dengan serius, "Mama kata dia minum sikit je. Mama tahu had dia. Buku kata tak apa kalau minum arak dengan berpada-pada."
Kepala Si Ye Han mula sakit dan dokumen dalam tangannya diletakkan ke bawah.
'Dia memang okey…
'Orang lain yang tak okey nanti…'
Seketika kemudian, Xu Yi, Feng Xuan Yi, Sebelas dan sekumpulan ketua kumpulan berarak menuju ke arah Si Ye Han untuk memberi laporan mingguan mereka.
Sebaik sahaja mereka semua selesai, mereka baru hendak bersedia untuk beredar apabila Si Ye Han mengarahkan mereka untuk berhenti.
Si Ye Han berkata, "Tunggu kejap."