Gong Xu tidak boleh menahan daripada berkata, "Segelas wain je pun. Kenapa awak nak kena lapor pula?"
Ye Wan Wan menjawab, "Saya kena jadi macam ni sebab saya takut dengan bini saya."
Gong Xu terus tergamam. "..."
"Awak lelaki dewasa. Macam mana awak boleh takut dengan bini awak sendiri?!!!" Gong Xu mula meraung kuat dari dalam hatinya.
Selepas berkata begitu, Gong Xu merasakan apa yang Ye Bai katakan itu tidak betul sepenuhnya. 'Ah, "bini" Abang Ye pun lelaki…'
Ye Wan Wan mengabaikan rungutan Gong Xu dan bergerak ke kawasan lebih senyap untuk membuat panggilan telefon.
Panggilan itu dijawab dengan cepat.
Ye Wan Wan mula bersuara, "Hai, Sayang, Sayang~"
Ketika itu, Si Ye Han sedang duduk di atas sofa dan menjawab panggilan Ye Wan Wan daripada dalam Rumah Mawar.
Tang Tang yang sedang duduk di sisi lelaki itu terdengar suara ibunya. Dia terus menghampiri dan merenung Si Ye Han dengan tekun.