Oleh itu, Gong Xu mencuba sekali lagi.
Setiap percubaan itu, Gong Xu berlakon dengan lebih baik. Tetapi ia tidak pernah cukup untuk mencapai jangkaan Ye Wan Wan. Ia masih dirasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Dia berharap Gong Xu boleh menzahirkan mentaliti yang lebih mengerikan yang nyaris ke tahap gila.
Selepas beberapa kali percubaan, Gong Xu akhirnya enggan mahu melakukannya lagi. "Saya dah cukup ganas! Macam mana saya boleh jadi lebih ganas?! Keganasan saya dah sampai ke tahap maksimum dah!"
Ye Wan Wan terdiam seketika kemudian memanggil Gong Xu kepadanya. "Mari sini."
"Uh…" Gong Xu terus mendapatkan Ye Wan Wan.