Ye Wan Wan mengimbas isi kandungan resume itu. Yao Jia Wen, 24 tahun. Majikannya sebelum ini adalah Media Wisdom dan dia bertanggungjawab kepada dua selebriti bertahap rendah.
Gadis itu kelihatan muda tetapi sudah pun menceburkan diri dalam industri ini selama enam tahun. Dia bekerja sebagai pelatih separuh masa semasa dia masih lagi belajar di universiti. Dia kemudian perlahan-lahan menaiki anak tangga daripada seorang pembantu sehinggalah akhirnya kepada seorang pengurus. Dia kelihatan sangat boleh diharap.
Tambahan pula, gadis ini berjaya memupuk dua selebriti bertahap rendah dengan sumber yang dia perlu bersaing dalam Wisdom, yang di mana dianggap sebuah syarikat yang sangat kompetitif. Ini bermakna gadis ini juga sangat berkebolehan.