Chapter 1107 - Pasti akan Berjaya

Jiang Yan Ran tanpa disedari melirik kepada Ye Wan Wan dan berkata dengan malu, "Sebenarnya, saya terlalu takut untuk datang. Pengurus saya yang galakkan saya untuk datang!"

Wajah penerbit itu tampak ragu-ragu apabila mendengar perkara itu. 'Budak ni dah ada pengurus?

'Mungkin kawan atau keluarga dia…'

Ada banyak artis dalam industri yang suka meminta kawan atau saudara menjadi pengurus mereka. Jadi ia bukan sesuatu yang pelik.

Peng Yuan Hu ketawa perlahan dan berkata, "Jadi awak kena ucapkan terima kasih kepada pengurus awak untuk saya!"

Setelah semua urusan selesai, Ye Wan Wan dan Jiang Yan Ran melangkah keluar dari bangunan uji bakat.

Jiang Yan Ran melompat dengan gembira. "Wan Wan! Gembiranya saya! Rasa macam dalam mimpi!"

Ye Wan Wan ketawa. "Saya dah cakap, awak pasti akan berjaya."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS