Tang Tang teragak-agak. "Saya tak kacau Mama ke nanti?"
Ye Wan Wan terus menjawab, "Tak, tak! Tang Tang tak akan kacau Mama! Bila Tang Tang di sisi Mama, Mama akan lebih bersemangat! Hm, tapi Mama takut Tang Tang yang bosan nanti…"
Si kecil itu terus menggeleng kepalanya dengan ligat. "Tang Tang tak akan bosan! Tang Tang suka duduk dekat Mama!"
Pasangan ibu dan anak itu masuk ke dalam bilik. Ye Wan Wan duduk di atas meja dan mencari maklumat yang diperlukan untuk menulis tesisnya sambil Tang Tang duduk dengan patuh disisinya dan memerhati dengan tekun.
Setiap kali dia penat, dia akan mencubit pipi Tang Tang dan memberi ciuman mesra kepada si kecil itu.
Ini kali pertama Ye Wan Wan merasakan menjadi hamba kepada tesis boleh menjadi begitu menyeronokkan!
Si Ye Han muncul di pintu dan memerhati dengan senyap kepada pasangan ibu dan anak itu.