Sama ada penampilan, latihan tarian atau kemahiran lakonannya, Jiang Yan Ran memenuhi semua kriteria itu dengan sempurna.
Filem itu juga secara kebetulan sedang mengadakan sesi uji bakat di semua universiti teater dan filem utama bulan depan. Jadi ia peluang yang datang sekali seumur hidup.
Ye Wan Wan terus menghubungi Jiang Yan Ran.
Talian itu terus disambung dan suara gembira Jiang Yan Ran kedengaran di hujung talian. "Hei, Wan Wan!"
"Yan Ran, awak apa khabar? Awak dah habis peperiksaan hujung semester?"
"Dah! Keputusan baru saja keluar! Saya nombor 1 dalam jurusan saya dekat universiti!" lapor gadis itu dengan ceria.
Ye Wan Wan ketawa lembut. "Hebatnya! Saya akan belanja awak makan nanti!"
"Awak sendiri yang cakap, bukan saya! Oh ya, universiti awak tengah cuti, kan? Bila peperiksaan awak?" tanya Jiang Yan Ran.
"Peperiksaan saya bermula minggu depan."