"Ada satu pepatah yang sangat bagus: musuh kepada musuh kau ialah kawan kau! Kau patut fikir dulu. Jika kau setuju, aku boleh jamin yang satu hari nanti, aku boleh buat Song Zi Hang, yang buang kau macam sampah, menjadi orang yang tak boleh alih biji mata dia dari tengok kau! Tapi sudah tentu kalau kau nak aku buang pos ini, aku pun tak kisah!" Kemudian Ye Wan Wan berlalu pergi, yakin yang kata-katanya akan menarik perhatian Jiang Yan Ran.
Jiang Yan Ran merenung belakang Ye Wan Wan yang telah pergi. Walaupun dia tidak percaya pada Ye Wan Wan, dia mengaku cerita yang Ye Wan Wan gambarkan pada dia tadi terlalu menggoda!
Apa yang dia tak boleh terima, Song Zi Hang sebenarnya tidak cintakan dia sejak dari mula sampai sekarang dan apa yang dia paling bincang ialah pembohongan dan tipu muslihat Shen Meng Qi!
Dia mahu Song Zi Hang menyesal dengan keputusannya! Dia nak Shen Meng Qi tanggung akibatnya!