Ye Wan Wan ketawa kecil. "Betul tu, saya sendiri yang cakap."
"Awak tak akan mungkiri janji awak?" tanya Gong Xu dengan ragu-ragu.
"Bila saya pernah mungkiri janji saya?"
Gong Xu akhirnya percaya dan penampilan resahnya terus hilang dibawa angin. Dia bercekak pinggang dan keegoan lelaki itu kembali. "Ahaha! Bukan je saya boleh tengok Pari Gula-gula Plum, tapi saya juga boleh tengok Abang Ye berpakaian perempuan! Saya akan dapatkan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik walaupun nyawa saya tergadai!"
Ye Wan Wan terkedu setelah melihat penampilan penuh semangat Gong Xu.
Tidak mengejutkan apabila teknik bebelannya tidak berguna kepada Gong Xu. Dia perlu menggunakan teknik isitimewa.
'Biarlah aku pakai baju perempuan! Aku memang rancang nak beritahu benda sebenar dekat Gong Xu lepas penggambaran filem ni tamat.'