'Ahhh!
'Apa yang berlaku ni?! Kenapa jantung berdegup terlalu laju?
'Kenapa aku… aku tak boleh alihkan pandangan aku daripada Ye Bai…?
'Kenapa aku rasa lebih rela dibebel beberapa kali walaupun aku teruk dimarah…?
'Aku rasa aku akan jadi gay…
'Tak! Tak! Aku 100% pasti aku lurus! Aku lagi lurus dari batang besi! Ini mesti sebab Ye Bai nampak terlalu serupa dengan Pari Gula-Gula Plum!'
Apabila Ye Wan Wan melihat Gong Xu sedang jauh mengelamun, dia menendang lelaki itu dengan marah. "Awak dengar tak apa saya cakap ni?"
'Tak guna! Kenapa aku rasa gembira walaupun selepas ditendang…
'Aku gila ke???'
Gong Xu bergumam, "Saya tak nak pergi!"
Urat mula terbonjol keluar dari dahi Ye Wan Wan. "Okey! Awak tak nak pergi, kan? Saya akan cari orang lain untuk gantikan tempat awak!"