Pada mulanya dia menyangka pos itu telah dicipta oleh Fang Qin atau orang yang berada di situ semasa kejadian dan menjadi saksi kepada perkara tidak adil yang berlaku kepadanya, tapi dia tidak menyangka orang itu adalah Ye Wan Wan!
Pos ini yang membela dirinya, membantu dia menyedari kesilapannya, tidak sangka… tidak sangka telah dicipta oleh orang yang dia anggap sebagai musuh, Ye Wan Wan?
'Bagaimana ini masuk akal…'
"Bukan Sheng Meng Qi kawan baik kau? Kenapa kau buat macam ni?" Tanya Jiang Yan Ran, masih tidak percaya.
Ye Wan Wan mengangkat kening dan melihat Jiang Yan Ran. "Huh, kawan baik? Dia kawan baik kau juga! Tapi aku bukan macam kau – bodoh terlajak sampai orang lain kena beritahu yang kau kena tipu!"
Sebenarnya, Ye Wan Wan rasa bersalah apabila dia melontarkan kata-kata itu kerana dia juga terlalu bodoh seumur hidupnya sebelum otaknya mula berfungsi semula.