Huang Ming Kun mengerutkan keningnya apabila dia mendengar kata-kata Ye Wan Wan. Dia tidak sangka gadis ini akan begitu menyusahkan. Dia menganggap ini suatu perkara yang mudah untuk diselesaikan… atau adakah Ye Wan Wan telah mengesyaki sesuatu…
Jika Ye Wan Wan enggan sepenuhnya untuk diperiksa, tiada apa yang dia boleh lakukan.
"Ayah, Mak… tengok! Kalau Ye Wan Wan memang tak ambil cincin tu, kenapa dia berkelakuan macam ni?!" Liang Mei Xuan terus menoleh kepada Ye Hong Wei dan Tan Yi Lan untuk bantuan.
Tan Yi Lan mengerutkan keningnya kepada Ye Wan Wan dan berkata, "Wan Wan, kalau awak tak ambil cincin Yi Yi, tak ada apa untuk ditakutkan. Bagi beg tangan awak dekat Huang Ming Kun untuk diperiksa."
"Nenek, bukan saya tak rela bagi mereka periksa, tapi ada begitu ramai tetamu yang hadir hari ni… saya tak nak perkara ni jadi lebih besar." Wajah Ye Wan Wan kelihatan serba-salah ketika itu.