Ye Wan Wan memandang sekilas dan tidak berkata apa-apa.
Semasa ayahnya masih lagi sebahagian daripada keluarga Ye, Syarikat Ye sedang berada di puncak dan kekayaan mereka antara 10 teratas di seluruh Bandar Empayar.
Semasa itu, biliknya persis seperti sebuah harta karun dan dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan mewah. Ia semua telah dibeli oleh ibu bapanya atau hadiah daripada Ye Mu Fan. Dia juga sangat gemar membeli barang perhiasan untuk dirinya sendiri.
Selepas itu, keluarga Ye telah menjadi lemah disebabkan oleh Ye Shao An. Selepas Ye Shao An mengambil alih syarikat, keluarga Ye tidak mampu lagi memperoleh kekayaan yang berjaya dikecapi mereka satu ketika dahulu.
Ye Yi Yi bukan sahaja membawa Ye Wan Wan, tetapi dia juga telah memanggil Liang Shi Han dan beberapa saudara perempuan dari lingkungan kawannya.
"Yi Yi, awak nampak sangat cantik hari ni!"
"Yi Yi dan Encik Gu memang macam pinang dibelah dua, sama cantik, sama padan!"