Di kediaman lama keluarga Ye.
Ye Yi Yi duduk di meja solek dan memerhati dengan bersahaja semua barang kemas yang bersinar cantik di atas permukaan meja.
Liang Mei Xuan berdiri di sisi dengan senyuman luas. "Yi Yi, apa yang Mak pilih untuk awak memang cukup sempurna. Awak patut pakai rantai ni masa jamuan pertunangan dan awak akan kagumkan semua orang dekat sana nanti! Mak tak sangka budak bedebah, Ye Wan Wan tu boleh membesar menjadi perempuan licik. Tak kira betapa cantiknya dia, dia masih sampah tak berguna!"
Apabila Ye Yi Yi mendengar pernyataan itu, satu imej memukau dan menawan muncul dalam benak fikirannya dan dia menggenggam penumbuknya tanpa disedari. "Semua orang dari keluarga Ye Shao Ting dijemput ke?"