"Jadi Kesatuan Seni Bela Diri ini sebenarnya versi lebih hebat daripada persatuan seni bela diri biasa dan tempat berkumpulan pakar terhebat tersembunyi?" tanya Ye Wan Wan.
Mu Sui Feng berkata dengan senyuman, "Itu tafsiran paling baik."
"Encik Mu, awak ahli Kesatuan Seni Bela Diri ke?" Ye Wan Wan terus bertanya.
Jika tidak, mengapa Mu Sui Feng begitu banyak tahu mengenai perkara yang orang biasa tidak tahu?
Mu Sui Feng mengeluh perlahan. "Kesatuan Seni Bela Diri ada banyak cawangan di seluruh dunia. Lama dulu, saya pernah pegang jawatan di cawangan Bandar Pelabuhan, Kesatuan Seni Bela Diri. Tetapi cawangan tu telah dibubarkan, jadi saya juga beredar."
"Oh macam tu…" Setelah melihat perasaan kesal di wajah Mu Sui Feng, Ye Wan Wan tidak boleh menahan daripada bertanya, "Kenapa ia dibubarkan? Ada… sesuatu berlaku ke?"