Suasana mula bertukar kecoh di arena perlawanan sebaik sahaja Sun Xue Zhen melayang ke luar pentas.
"Tak guna! Bukan ni terlalu gila, ke?!"
"Perempuan ni bukan saja dapat lihat menerusi kelemahan seseorang, tapi dia juga boleh tiru gerakan mereka dalam jangka masa yang singkat…"
"Gerakan tu tadi gerakan terulung cik kita!"
…
Apabila Qin Ruo Xi melihat Sun Xue Zhen telah tewas dan sebaliknya memberi peluang kepada Ye Wan Wan untuk bersinar, perasaan tenang pada wajahnya akhirnya mula runtuh, sedikit demi sedikit, sehingga kegelapan mula memenuhi wajah gadis itu.
Dia tidak memandang tinggi langsung kepada Ye Wan Wan, tetapi semua perkara tidak mengikut rancangan dan kawalannya berulang kali…
"Xue Zhen, awak okey?" Qin Ruo Xi menyembunyi kegelapan daripada wajahnya dan terus membantu Sun Xue Zhen untuk bangun.
"Tak guna… macam mana…" Sun Xue Zhen menghentak penumbuknya ke lantai.