Sejurus itu, Yamamoto Tsubasa mengerang kesakitan dan wajah lelaki itu terus berubah dengan drastik. Kesakitan yang teramat di belakang lututnya menyebabkan dahinya dibasahi dengan peluh. Dia terundur beberapa langkah ke belakang.
Yamamoto Tsubasa mungkin telah berundur, tetapi Ye Wan Wan terus meluru ke hadapan dan mengangkat tangan kirinya, seperti mahu menampar pipi kanan lelaki itu.
Yamamoto Tsubasa terus mengangkat tangan untuk menghadang tamparan gadis itu.
Melihat tindakan refleks lelaki itu, Ye Wan Wan menurunkan tangannya dan melihat tangan Yamamoto Tsubasa yang terangkat dengan perasaan lucu.
"Kau main-main dengan aku?!" Yamamoto Tsubasa lantas sedar dari perasaan terkejutnya dan menjeling marah kepada Ye Wan Wan.
Namun sebaik sahaja Yamamoto Tsubasa bersuara, Ye Wan Wan mengangkat tangan kirinya sekali lagi.
Yamamoto Tsubasa sekali lagi masuk ke dalam mod pertahanan diri.
*Pang!*