"Sekumpulan sampah," umum Yamamoto Tsubasa sambil pandangan mantanya melewati semua orang yang hadir kecuali dua gadis yang telah tumpas itu.
Tanpa berlengah-lengah lagi, dia menoleh kepada Ye Wan Wan yang duduk di bahagian penonton. "Wakil keluarga Si, awak nak naik sendiri atau awak nak saya datang dekat awak dan belasah awak sampai mati?"
Ye Wan Wan mengabaikan sepenuhnya lelaki itu dan berdiri.
Dia meninggalkan kawasan penonton dan memandang kepada Tuan Besar keluarga Sun. "Memandangkan persidangan telah tamat, saya minta diri dulu."
Yamamoto Tsubasa jelas sekali mahu mencari masalah dengan keluarga Sun dan datang untuk mencetuskan konflik. Pertelingkahan peribadi keluarga Sun bukan sebahagian daripada persidangan seni bela diri ini.
Wajah Sun Li Zhong berubah gelap tetapi tidak berkata apa-apa.