"Ruo Xi…"
Selepas pemenang diumumkan, Sun Xue Zhen kelihatan tergamam seketika. Ini pertarungan yang sengit. Jika bukan kerana Qin Ruo Xi telah memberi dia beberapa peluang sebentar tadi, dia pastinya telah lama kalah…
Sun Xue Zhen pada mulanya menyangka Qin Ruo Xi hanya tidak mahu kekalahannya nampak begitu teruk. Tetapi dia tidak menyangka Qin Ruo Xi akan terus menyerah kemenangan kepadanya.
"Xue Zhen memang hebat. Saya tak setanding dengan awak. Tahniah untuk Xue Zhen kerana kemenangan menyebelahi keluarga Sun," kata Qin Ruo Xi sambil tersenyum.
Sun Xue Zhen membalas senyuman itu dan berkata, "Awak sangat kuat Ruo Xi. Saya sangat hormati awak."
Selepas berkata begitu, Sun Xue Zhen melirik dengan bersahaja kepada Ye Wan Wan dengan perasaan menyampah kelihatan dalam matanya.
"Pengadil, wakil keluarga Si memang tak perlu bertanding ke?" tanya Sun Xue Zhen kepada pasukan pengadil, jelas sekali masih tidak berpuas hati.