"Ruo Xi, keluarga Si ada tak puas hati dengan keluarga Sun ke?" tanya Sun Xue Zhen dengan menyampah sambil memandang kepada Qin Ruo Xi.
Qin Ruo Xi menjawab, "Tak ada, Xue Zhen. Kenapa awak tanya macam tu?"
"Tak ada? Kalau mereka tak ada masalah, kenapa mereka benarkan orang macam perempuan tu untuk malukan keluarga Sun?
Keluarga Si sedia maklum betapa pentingnya persidangan seni bela diri ini kepada keluarga Sun dan ia juga telah dianjurkan oleh keluarga Sun. Tapi, perempuan tu tak tahu apa-apa pasal seni bela diri dan tak tegas langsung! Kalau mereka tak cuba nak malukan keluarga Sun, jadi apa makna semua ni?!" Sun Xue Zhen pada mulanya mahu bersabar, tetapi dia akhirnya tidak boleh menahan lagi perasaan marahnya.
Hakikatnya, hubungan Ye Wan Wan dan Si Ye Han atau status gadis itu dalam keluarga Si tidak penting langsung kepada keluarga Sun.