Ye Wan Wan telah begitu banyak mengarut, tetapi semuanya boleh diringkaskan kepada: "Saya tak tahu apa-apa, jadi saya hanya berlatih secara membabi-buta". Namun, dia berjaya mencipta cerita bermisteri dan berpura-pura kelihatan hebat.
Dia hampir tidak boleh menahan daripada bersorak untuk dirinya sendiri!
Ye Wan Wan terbatuk ringan dan menamatkan topik itu. "*Kof, kof* Cukup, cukup. Kita tamatkan benda ni dekat sini!"
Dia sudah bercakap besar sehingga ke tahap ini dan dia tidak boleh meneruskannya lagi.
"Saya akan mula sibuk tak lama lagi dan saya tak ada dekat rumah esok, jadi rumah ni perlukan lebih banyak perhatian daripada kamu semua. Tolong tengokkan Tuan Muda," arah Ye Wan Wan.
Walaupun Si Ye Han berkata Si Ming Li telah melarikan diri ke luar negara dan tidak akan memunculkan dirinya lagi, dia masih perlu berjaga-jaga.