Awal pagi, di dalam hutan.
Hari ini ialah hujung minggu, jadi Ye Wan Wan telah melakukan larian pagi dan beberapa latihan stamina seperti biasa.
Semenjak Si Ye Han meminta dia mula berlatih, dia akan memastikan dia berlatih sekurang-kurangnya dua jam setiap hari. Ia sangat susah pada mulanya. Namun lama-kelamaan ia telah berubah menjadi tabiat. Dia akan berasa tidak kena pada hari dia tidak berlatih.
Semakin masa berlaku, perasaan lesu yang dirasakan pada tubuhnya kerana jarang bersenam mula berkurangan.
Beberapa jarak dari hutan kecil itu, lima sekumpulan askar upahan itu sedang berbisik bersama.
Wajah Heidi dipenuhi dengan perasaan sesal. "Haih, dah sekian lama, tapi Tuan tak buat apa-apa dan hanya lakukan latihan stamina paling asas saja setiap hari. Dia tak pernah tunjuk sebarang gerakan seni bela diri. Saya baru bercadang untuk belajar beberapa gerakan secara senyap!"