"Awak… awak…"
Ada kemungkinan untuk orang lain tahu tentang apa yang dikatakan oleh Ye Bai dalam bilik mesyuarat hari itu, tetapi hanya Ye Bai dan Han Xian Yu yang tahu jawapan kepada soalan kedua.
Oleh itu, gadis di hadapannya ini memang….
Han Xian Yu tanpa disedari mula teringat kepada semua perkara yang berlaku semenjak dia berjumpa dengan Ye Bai.
Walaupun Ye Bai seorang yang sangat tampan, tiada apa-apa yang feminin dengan kelakuan atau percakapannya. Jadi tiada siapa yang menyangka dia seorang perempuan.
Sebaliknya, ramai perempuan yang suka kepadanya. Pernah sekali dia terdengar Gong Xu memberitahu yang Shen Man Zhu pernah mengejar Ye Bai sebelum ini…
Bagaimana seseorang seperti itu sebenarnya seorang perempuan?
Namun, jika dia berfikir dengan teliti, ada banyak petunjuk dan petanda…
Sebagai contoh, interaksi dia dengan Encik Si.