Apabila Han Xian Yu mendengar suara yang biasa kedengaran itu keluar dari mulut gadis itu sekali lagi, fikirannya berubah kosong.
"Apa… apa awak cakap…"
Gadis di hadapannya ini menggunakan suara Ye Bai dan mengatakan… dia adalah Ye Bai?
Ye Wan Wan memicit dahinya dan menggunakan suara perempuannya untuk menjelaskan, "Saya minta maaf, Xian Yu. Saya dah sorok identiti sebenar saya dari awak selama ni dan juga… jantina saya. Saya bukan Ye Bai atau seorang lelaki… saya… seorang perempuan…"
Han Xian Yu merenung tepat kepada gadis di hadapannya. Selepas beberapa ketika berlalu, dia akhirnya bersuara, "Cik… apa benda yang… awak cakap ni?"
Ye Wan Wan menyambung dengan wajah serius, "Saya tahu benda ni susah untuk awak percaya, tapi ini perkara sebenar. Si Ye Han tak curang dengan saya atau main kayu tiga. Orang yang dia suka selama ni memang saya.