Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 1016 - Saya Tahu Awak Tak Boleh Tahan

Chapter 1016 - Saya Tahu Awak Tak Boleh Tahan

Walaupun Ye Wan Wan menggunakan suara perempuan untuk berkata begitu, matanya yang terang dan suara yang biasa didengar itu berjaya menghentikan Han Xian Yu. Lelaki itu tergamam.

'Mata perempuan ini dan nada suara dia…

'Kenapa… kenapa dia ingatkan aku dekat Ye Bai… tapi… dia jelas sekali perempuan!

'Aku mesti dah gila! Apa maksud perempuan ni bila dia cakap macam tu?'

Wajah Han Xian Yu berubah kaku dan fikirannya bercelaru. 

Ye Wan Wan mengurut dahinya dengan marah. 'Sudahlah tu!'

Dia menoleh kepada Si Ye Han. "Sayang, saya perlu bercakap dengan Han Xian Yu.. jangan tengok saya macam tu! Kalau kita berterusan macam ni, saya pasti akan terseksa sampai mati! Jangan beritahu saya awak sanggup tengok kesayangan awak ni hampir gila! Cuba fikir saya buat ni untuk siapa! Lagi satu, kerjasama teruk awak yang buatkan identiti saya terdedah!"

Si Ye Han masih kelihatan tidak berpuas hati.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS