Sebaik sahaja Ye Wan Wan ternampak siapa lelaki itu, matanya terbeliak dan mindanya meletup. Dunia di sekitarnya seperti telah hancur berkecai dan dia hampir menjadi gila.
'Aduh, aduh, aduh! Han Xian Yu! Kenapa mesti Han Xian Yu!'
Ini lebih menakutkan daripada ternampak hantu di siang hari!
Ketika itu, Ye Wan Wan hanya berharap dia boleh terbang ke langit atau menimbus kepalanya ke dalam tanah untuk bersembunyi. Namun, memandangkan dia telah bertembung seperti ini, tiada gunanya untuk bersembunyi lagi.
Berbeza dengan ribut taufan yang melanda dalam diri Ye Wan Wan, apabila Si Ye Han ternampak Han Xian Yu, dia tidak memberi sebarang reaksi dan hanya melirik kepada lelaki itu. Ia seperti tidak ada seorang pun atau apa sahaja yang boleh memberi sebarang kesan kepada dirinya.