"En." Si Ye Han mengangguk sebelum mengambil ais-krim dan teh susu dari tangan Ye Wan Wan yang sedang tekun menikmatinya dan berkata, "Jom cuba baju."
"Sikit je lagi! Ni yang terakhir!" Ye Wan Wan tidak berpuas hati sehingga dia menghabiskan ais-krim di tangan Si Ye Han.
"Presiden Si!"
"Selamat petang, Presiden Si!"
Guan Xiao He dan mereka yang lain tergamam untuk beberapa saat sebelum mereka bergegas menyapa lelaki itu dengan serentak.
"Boleh saya tanya… apa saya patut panggil awak, Cik?" tanya Guan Xiao He dengan berhati-hati.
"Helo, nama keluarga saya Ye!" jawab Ye Wan Wan.
Guan Xiao He terus menyapa, "Hi, Cik Ye!"
Ye Wan Wan menilai jurugaya di hadapannya. "Awak… Guan Xiao He, Cikgu Guan?"
Guan Xiao He terus membalas, "Ya, saya jurugaya awak untuk hari ni, Guan Xiao He. Awak kenal saya ke, Cik Ye?"
Ye Wan Wan berkata, "Mestilah saya kenal. Awak dengan Encik Zou sangat terkenal dalam industri ni."